http://www.mcoba.org Mocking Mind: Press Politics (In Sport Section!!)

Friday, May 12, 2006

Press Politics (In Sport Section!!)

I admit that I did not read each and every details on the Asia-Kom saga. Nor do I a sport fan. However, when the 'news' was plastered on the newspaper every now and then, I can't help but read some of it. The latest one form BH...


Ramlan ‘kusutkan’ Asia-Kom


KETIKA isu Program Asia-Kom tampak menuju destinasi selesa ekoran pelantikan Datuk Zolkples Embong untuk ‘memperbetulkan keadaan’, kekeliruan menjelma apabila Datuk Dr Ramlan Aziz seolah-olah mengusutkannya kembali.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) itu – sehari selepas mengumumkan Zolkples mempunyai wibawa memastikan kelancaran pelaksanaan program berkenaan – menjelmakan pula mesej yang mampu ditafsir sebagai sama sekali berbeza.

Segalanya apabila Dr Ramlan – dipetik dalam sebuah akhbar tempatan – berkata Ketua Unit Asia-Kom, Damien Kelly, bukan hanya Zolkples, tetap akan memberi laporan kepada beliau mengenai perkembangan program berkenaan.

Ia mencetus rasa hairan kerana tafsiran mampu terjelma ialah Dr Ramlan seolah-olah meragui kemampuan orang nombor duanya – padahal beliau sendiri mengumumkan Zolkples akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Program Asia-Kom berkenaan.

Malah, tidak juga dapat dipersalahkan tanggapan betapa ia mungkin usaha terus mempertahankan Kelly – bekas pengurus program polo air Australia Barat – yang menjadi sasaran kecaman ekoran kehambaran prestasi atlit program berkenaan ketika temasya Sukan Komanwel di Melbourne lalu.

Ia juga mungkin satu bentuk justifikasi terhadap persoalan mengapa khidmat Kelly – difahamkan menerima bayaran gaji kira-kira RM17,000 sebulan – tidak ditamatkan sahaja selepas kehadiran Zolkples yang diakui mampu menyelesaikan ‘permasalahan’ ciptaan pentadbir warga Australia itu.

Mungkin kekeliruan terbaru itu adalah apa dimaksudkan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad, apabila memberi nasihat terhadap risiko dan bebanan menanti Zolkples.

Diajukan persoalan itu, Dr Ramlan cuba menjelaskan keadaan.

“Zolkples mempunyai kuasa, sebagai pengerusi jawatankuasa pengurusan, untuk memastikan segala aktiviti Asia-Kom berjalan lancar. Kelly juga akan secara langsung berada di bawah kendaliannya.

“Cuma apa saya maksudkan ialah Zolkples akan melaporkan perkembangan Asia-Kom kepada saya. Dalam perbincangan itu nanti, dia boleh membawa bersama pegawai kanan yang terbabit secara langsung dengan Asia-Kom, seperti Kelly.

“Saya mengamal dasar perbincangan terbuka dan menghargai input serta pandangan semua pihak. Di akhirnya nanti, tanggungjawab keseluruhan akan saya pikul sebagai Ketua Pengarah MSN,” kata Dr Ramlan.


©The New Straits Times Press (M) Berhad



I see politics in it. Alot of it and very dirty. Shame on you Ahmad Khawari Isa. It seems that even sports reporters are involved nowadays. On broadsheet mainstream newpaper!

Why can't these reporters sticks to their job title. Report and not judge. I'm sick of this.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home